Friday 14 December 2012

Keberkatan Dhuha

Keberkatan Dhuha
Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
                                            
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Ternyata keberkatan solat sunnat Dhuha itu amat besar pabila ianya telah dipesan dengan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada Abu Hurairah Radhiyallah hu’anh.
Fadhilat Solat Sunnat Dhuha:
1.      Ianya adalah amalan sadaqah: dengan dua rakaat solat dhuha, ianya diibaratkan seperti melakukan amal sadaqah bagi setiap ruas, sendi dan belulang seorang hamba. Ini juga sebagai lambing ketaaatan kita kepada Allah Al-Khaliq.
2.     Bagi setiap hambaNya yang melakukan Solat Sunat Dhuha ini, nescaya Allah akan mencukupi keperluannya seharian itu dan tidak dikurangkan barang sedikit pun daripadanya.
3.     Solat Sunat Dhuha juga dalah salah satu solat taubat yang perlu ditunaikan oleh manusia kerana setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada melakukan khilaf dan dosa.

Solat Sunat Dhuha amatlah digalakkan terutama bagi ibu yang sedang menyusui bayi mereka agar keberkatan dhuha itu megalir kepada si anak yang ternyata akan dapat membentuk akhlak mulia di dalam diri anak-anak itu.
Waktu Dhuha adalah waktu di mana doa seorang hamba itu paling mudah dimaqbulkan oleh Allah s.w.t dan terdapat doa yang masyhur dibaca ketika waktu ini seusai Solat Sunat Dhuha buat amalan kita bersama:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Ameen... :)

Regards,
naimahabukasim_151212

Thursday 13 December 2012

Kenapa susu ibu perahan saya cair?




Subhanallah...kalah kita benar-benar kaji keajaiban susu ibu, air mata kita boleh menitis dan lebih menambahkan rasa syukur berpeluang memberikan yang terbaik untuk simanja kerana susu ibu berubah mengikut keperluan bayi dan sentiasa sesuai untuk bayi.

Tidak sekadar itu, juga berubah mengikut kehausan bayi + cuaca. Jika dalam keadaan panas,kita boleh dapati susu sedikit cair, untuk menghilangkan dahaga bayi.






Ada juga ibu yang bertanya : Kenapa susu perahan (EBM) saya cair?

Untuk mendapatkan susu yang pekat, ibu perlu express sehingga habis kedua-dua belah payudara. Susu yang dihasilkan pada awal akan sedikit cair untuk menghilangkan dahaga bayi..susu yang di akhir-akhir sesi pekat. Susu diperingkat awal dipanggil foremilk yang yang di akhir dipanggil hindmilk.


Mari kita mengenal dengan lebih dekat susu ibu =)



KOLUSTRUM


Kolostrum, susu awal yang dibuat oleh payudara anda, biasanya ada sehingga selepas bulan kelima atau keenam kehamilan. Apabila bayi anda dilahirkan, ia hadir dalam jumlah yang kecil untuk tiga hari pertama sepadan dengan saiz kecil perut bayi anda. Kebanyakan bayi tidak memerlukan nutrisi tambahan pada masa ini. 

Kiri : Kolustrum, Kanan : Susu Ibu matang 

Mulakan penyusuan secepat mungkin selepas melahirkan anak. Menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali setiap 24 jam supaya bayi anda menerima susu berharga ini. Kolostrum dan susu matang direka untuk memenuhi keperluan khas yang baru lahir. Kolostrum mempunyai warna kuning, pekat, dan tinggi protein dan rendah lemak dan gula. 


Kandungan protein adalah tiga kali lebih tinggi daripada susu matang, kerana ia kaya dengan antibodi yang dibawa dari ibu. Antibodi ini melindungi bayi anda dan bertindak sebagai pelawas semulajadi, membantu bayi anda menyahkan najis pertama dipanggil meconium.


SUSU MATANGSusu anda akan berubah dan bertambah dalam kuantiti kira-kira 48 hingga 72 jam selepas melahirkan anak. Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung kepada bila anda mula penyusuan dan berapa kerap anda menyusukan bayi. Perubahan dalam susu berlaku sedikit lebih awal jika anda telah susu ibu sebelum. 



Foremilk Apabila kali pertama bermula untuk menyusu, susu pertama yang diterima bayi dipanggil foremilk. Ia adalah cair dan berair. Foremilk sebahagian besarnya air yang diperlukan untuk memenuhi dahaga bayianda.


Hindmilk (kanan) lebih berkrim dari foremilk 
Hindmilk Hindmilk dirembeskan selepas beberapa minit penyusuan. Ia adalah bertekstur krim dan mempunyai kepekatan lemak yang tinggi. Hindmilkmembantu bayi anda berasa kenyang. Susukan bayi anda sehingga anda melihat seolah-olah dia mengantuk yang menunjukkan dia kenyang.


Apabila susu dihasilkan, lemak akan melekat di sisi sel-sel susu yang membuatnya manakala bahagian susu yang berair bergerak ke bawah duktus ke arah puting, di mana ia bercampur dengan susu yang ditinggalkan di sana dari suapan terakhir. Susu "berair" ini mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan kurang lemak berbanding susu yang disimpan di dalam sel-sel susu membuatnya (kilang) dalam payudara.

Jadi susuilah / perahlah sehingga payudara kosong untuk mendapatkan kedua-dua foremilk & hindmilk.
NOTA:

Tiada anggapan seperti "susu ibu yang lemah." Badan anda akan menggabungkan bahan-bahan yang tepat yang perlu untuk memenuhi keperluan bayi anda.