Friday 14 December 2012

Keberkatan Dhuha

Keberkatan Dhuha
Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
                                            
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Ternyata keberkatan solat sunnat Dhuha itu amat besar pabila ianya telah dipesan dengan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada Abu Hurairah Radhiyallah hu’anh.
Fadhilat Solat Sunnat Dhuha:
1.      Ianya adalah amalan sadaqah: dengan dua rakaat solat dhuha, ianya diibaratkan seperti melakukan amal sadaqah bagi setiap ruas, sendi dan belulang seorang hamba. Ini juga sebagai lambing ketaaatan kita kepada Allah Al-Khaliq.
2.     Bagi setiap hambaNya yang melakukan Solat Sunat Dhuha ini, nescaya Allah akan mencukupi keperluannya seharian itu dan tidak dikurangkan barang sedikit pun daripadanya.
3.     Solat Sunat Dhuha juga dalah salah satu solat taubat yang perlu ditunaikan oleh manusia kerana setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada melakukan khilaf dan dosa.

Solat Sunat Dhuha amatlah digalakkan terutama bagi ibu yang sedang menyusui bayi mereka agar keberkatan dhuha itu megalir kepada si anak yang ternyata akan dapat membentuk akhlak mulia di dalam diri anak-anak itu.
Waktu Dhuha adalah waktu di mana doa seorang hamba itu paling mudah dimaqbulkan oleh Allah s.w.t dan terdapat doa yang masyhur dibaca ketika waktu ini seusai Solat Sunat Dhuha buat amalan kita bersama:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Ameen... :)

Regards,
naimahabukasim_151212

No comments:

Post a Comment